.jpeg)
Tentang Ra.lit
Di ralit.my, kami percaya bahawa makanan yang baik bermula dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segalanya bermula dari rumah. Produk kami dihasilkan menggunakan resepi tradisional dan back to basic. Setiap botol sambal yang kami hasilkan dipenuhi dengan kasih sayang, keaslian, dan rasa yang tiada tandingan.
Bermulanya Ra.lit
2020
Segalanya bermula dari rumah
Selepas diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19, pengasas memanfaatkan masa di rumah untuk menghasilkan sambal. Bermula secara kecil-kecilan dari dapur sendiri, kini perusahaan sambal ini berkembang.2021
Tutup
Perusahaan ini terpaksa dihentikan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun keputusan itu sukar, perjalanan ini meninggalkan kenangan manis, pengalaman berharga, dan sokongan pelanggan yang amat dihargai. Setiap langkah menjadi pelajaran bermakna untuk permulaan baharu pada masa hadapan..2025
Sekali lagi
Bermula dengan semangat untuk berkongsi rasa sambal asli buatan sendiri, Ralit kini tampil dengan konsep “on-the-go” — sambal mudah dibawa ke mana saja, sesuai untuk gaya hidup moden yang pantas dan ringkas.
